“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
Sunday, 11 November 2012
Monday, 29 October 2012
Saturday, 13 October 2012
LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA
18 DISEMBER 1991
Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program
Prasekolah.Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di
Maktab Perguruan.
AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
6 JUN 2001
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan
Program Prasekolah
BILANGAN KELAS PRASEKOLAH
Sehingga 15 Januari 2010 sebanyak 7511 buah kelas telah dibuka di bawah
KPM.
MAKLUMAT GURU PRASEKOLAH
Guru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada;
1. Guru Lepasan Diploma
2. Guru Siswazah
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi
murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Subscribe to:
Posts (Atom)